Bengkel E-Usahawan Coach Noorhisham

8 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 7 September 2019, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi dengan kerjasama Coach Noorhisham telah mengadakan Kelas E-Usahawan yang melibatkan 25 orang peserta daripada pelbagai latar belakang sekitar Kuching dan Samarahan, Sarawak. Bengkel e-Usahawan ini menarik peserta yang pertama kali menyertai bengkel ini secara percuma. Kelas tersebut berlangsung selama 7 jam yang bermula pada jam 9:00 pagi. Untuk sesi pagi, Jurulatih Noorhisham telah memperkenalkan latar belakang coach serta bengkel dan tujuan bengkel diadakan. Selepas itu, para perserta diminta untuk memperkenalkan diri dengan tujuan menghadiri kelas tersebut. Terdapat peserta yang telah mempunyai produk sendiri namun belum ada pendedahan kepada pernigaan secara digital.

Pada sebelah petangnya, kelas berlangsung pada jam 2:00 petang selepas rehat makan tengah hari selama sejam. Kemudian, peserta didedahkan dengan penggunaan aplikasi Google My Business untuk memperkenalkan perniagaan mereka di laman carian Google. Tambahan lagi, melalui bengkel ini, peserta didedahkan juga cara-cara menggunakan Facebook Page dan copywriting untuk memperkenalkan perniagaan mereka secara digital. Kelas tamat pada jam 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali